Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia Nya saya berpeluang berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dalam merasai kelebihan dan memiliki TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A”. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. yang memperkenalkan dan memberi peluang kepada diri saya untuk memiliki kayu Teras Gemunggal yang mempunyai 1001 rahsia dan hikmah kurniaan Allah yang bersifat Haqiqi.
Pertama sekali, ingin saya kongsikan sifat kayu Teras Gemunggal ini. Seperti yang kita sedia maklum, sifat kayu sememangnya timbul bila tenggelam di dalam air, tetapi berlainan pula yang terjadi pada kayu Teras Gemunggal ini terus tenggelam sebaik sahaja ia diletakan ke dalam air. Ini membuatkan saya terasa kayu Teras Gemunggal ini berlainan daripada kayu kayu yang sedia ada sebelum ni. Air yang direndam dengan kayu Teras Gemunggal saya amalkan sebagai air minuman setiap hari dengan niat untuk kesihatan diri. Alhamdulillah dalam masa seminggu saya dapat merasakan perubahan seperti kaki saya tidak berasa lenguh/ semut-semut ketika bersila dalam keadaan lama setiap kali ketika mendengar khutbah solat jumaat dan masalah masalah kecil seharian.
Pengalaman kedua ingin saya kongsikan ketika saya ingin membuat kayu Teras Gemunggal ini sebagai cincin pada 17 Januari 2011 di Downtown Cheras, Jalan Yaakub Latif. Apabila di sana pada permulaanya saudara yang ingin mencanai kayu Teras Gemunggal sememangnya mengetahui khasiat sebenar kayu tersebut dan menganggap ini perkara biasa. Tetapi sangkaan saudara tersebut sedikit meleset apabila menghadapi kesukaran untuk memotong kayu Teras Gemunggal tersebut dan terpaksa menggergaji untuk proses membentuk separa bulatan seperti gambar di bawah. Saudara mendakwa ini bukan kayu Teras Gemunggal biasa dan ini kali pertama dia menjumpai seperti kes ini kerana kekerasan kayu Teras Gemunggal tersebut. Alhamdulillah dan kini saya percaya masih banyak perkara dan khasiat yang belum dirungkai oleh kayu Teras Gemunggal dari Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D ini. InsyaAllah saya akan terus menggunakan khasiat dan kelebihan kayu ini sebagai ikhtiar saya dalam kehidupan seharian.
Saya harap dengan pengalaman yang saya kongsi ini dapat meningkatkan keimanan dan kepercayaan kita terhadap kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata mata. Sebagai seorang muslim kita haruslah ingat bahwa Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
Pengalaman ketiga saya apabila menyedari ketika saya sedang menunggang motorsikal, tiba-tiba kereta dan motorsikal lain yang menghala ke arah saya mengelak secara tiba-tiba dari melanggar saya. Kejadian pelik ini belaku 2 3 kali sepanjang saya membawa kayu Teras Gemunggal itu bersama. Pada mula saya tidak menyedari sehinggalah saudara yang mencanai kayu Teras Gemunggal tersebut bertanyakan adakah perkara sedemikian berlaku ke atas diri saya? Lalu saya mengatakan benar, perkara tersebut sememangnya berlaku.Menurut beliau lagi, kayu tersebut ingin memberitahu tentang kewujudannya yang ia ada bersama saya dengan izin Allah.Kayu Teras Gemunggal didakwanya turut dapat menutup pandangan kasar manusia pada satu-satu masa.Kenyataan saudara tersebut benar-benar mengejutkan saya. Adakah ini satu suratan atau kebetulan, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Wallahu'alam.
Sekian.
Ikhlas dari Rushdi bin Razali
017-3979542
(Info tambahan:sekiranya anda berminat untuk bertanyakan lebih lanjut pengalaman Encik Rushdi,sila gunakan no.handphone 017-3979542 ini.sekian harap maklum)
TESTIMONI TERBARU PENGALAMAN PEMAKAI TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG "GRED A"
Dicatat oleh
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
on Sabtu, 22 Januari 2011
0 ulasan:
Catat Ulasan