TESTIMONI PENGGUNA TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A"Assalammualaikum,
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT jua saya bertemu kembali di ruangan ini untuk berkongsi pengalaman serta penemuan terbaru hasil dengan memiliki Raja Kayu Teras Gemunggal yang asli. Sungguh tidak di sangka kayu teras gemunggal ini memang banyak menyimpan hikmah serta khasiat yang masih belum diterokai dan di alami oleh kita.
Pertama ibu saya juga ada memiliki kayu teras gemunggal ini setelah di syorkan oleh saya, beliau membeli nya dari Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D, beliau merupakan pengasas perubatan alternative Anugerah Agung yang bertempat di Kuching Sarawak.
Pengalaman ibu saya ini ialah pada satu malam ketika beliau sedang berehat menonton tv di ruang tamu sambil dalam keadaan posisi baring dan ketika itu beliau ada memakai kayu teras gemunggal yang di letakkan nya di bahagian dada (didalam coli), beliau di datangi oleh seekor lipan lalu menyengat lengan beliau, dalam keadaan panic beliau telah membunuh lipan tersebut dengan penyapu. Tetapi alangkah pelik nya tiada kesan atau reaksi negatif yang dialami beliau setelah beberapa jam di sengat.
foto yang terdapat dalam testimoni ini adalah hak milik mutlak perguruan Anugerah Agung Spiritual Development Centre dan dilarang sama sekali menggunakan foto ini tanpa kebenaran bertulis dari Perguruan Haq Anugerah Agung!!!
Saya hanya mendapat tahu akan peristiwa tersebut di keesokan harinya, saya hanya sempat mengambil gambar lengan serta bangkai lipan yang sedikit lumat (sila rujuk gambar di bawah), Alhamdulillah sengatan tersebut tidak memudaratkan keadaan tubuh badan ibu saya.
Pengalaman kedua ibu saya adalah ketika beliau mengalami sakit kembang kaki, beliau ada bertemu doctor dan mengambil ubat tapi keadaan sakit kembang kaki beliau hilang datang. Tanpa pengetahuan saya beliau mencuba dengan menyediakan satu bekas baldi di isi dengan air separuh, beliau berniat menggengam kayu teras gemunggal tersebut sambil berniat agar di sembuhkan sakit kembang kaki dengan izin Allah SWT lalu di masuk kan kayu teras gemunggal tadi kedalam bekas baldi yang berisi air tersebut dan di biarkan selama 5 minit begitu sambil membaca BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM dan SELAWAT ke atas nabi cukup sekali, di keluarkan semula kayu teras gemunggal itu tadi lalu beliau memasuk kan kedua-dua kaki beliau kedalam bekas air yang sudah di tawar kan, Alhamdulillah rasa bisa serta sakit tersebut beransur kurang dan hilang hingga sekarang.
Saya juga ada pernah mencuba menggunakan teras kayu gemunggal ini sebagai tawar air untuk jenis-jenis penyakit seperti pening kepala, demam, sakit sengal-sengal badan dan sebagainya yang masih belum di eksplorasi kan lagi. Tetapi harus diingat semuanya yang kita lakukan perlulah yakin serta berserah bulat-bulat kepada Allah SWT. Terus terang saya hanya menggunakan tawar air bersama kayu teras gemunggal ini hanya pada ahli keluarga saya sendiri dan Alhamdulillah keputusan serta hasilnya amat menakjubkan setakat ini.
Saya harap dengan sedikit sebanyak yang saya kongsikan di sini menambahkan lagi minat anda untuk memiliki satu-satunya Raja Kayu Teras Gemunggal yang asli hasil ciptaan Allah Yang Maha Esa yang tiada tandingannya, yang penuh dengan misteri khasiat-khasiat yang belum terungkai hanya boleh didapati dari Anugerah Agung (layari website http://www.anugerahagung4u.com dan http://madinatulasrar.blogspot.com yang telah di asaskan oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. Segala persoalan atau maklumat lanjut anda boleh layari di website tersebut. Anda juga boleh membuat pesanan melalui saya.
“Pelik Tapi Benar”
Ikhlas,
Zulkipli Bin Ismail
(017-8513375)
N.T:Foto wajah ibu Zulkipli Bin Ismail tidak dapat kami siarkan dalam blog ini kerana menghormati permintaan beliau untuk tidak memasukkan foto wajahnya,sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saudara Zulkipli untuk bertanyakan kisah benar ibunya setelah menggunakan Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred "A" ini!
TESTIMONI PENGGUNA TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG (DIGIGIT LIPAN)
Dicatat oleh
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
on Ahad, 28 November 2010
0 ulasan:
Catat Ulasan