Pages

BROSUR TERAS GEMUNGGAL/GALIH KELOR ANUGERAH AGUNG GRED “A”


BROSUR TERAS GEMUNGGAL/GALIH KELOR ANUGERAH AGUNG GRED “A”
‘Raja Sekalian Teras Kayu”
Yang ditunggu-tunggu oleh peminat Teras Kayu BerEnergi(Kayu Bertuah) yang efeknya secara ALAMI.

Assalamualaikum Para Pengunjung Blog ini yang dikasihi dan dirahmati Allah,

Buat info pembaca, Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred “A” didalam Blog ini tidak mempunyai Unsur Berkhadam dan tidak mempunyai Pantang-Larang, ini kerana segala unsur Khasiatnya adalah bersifat Alami Khasiat Semulajadi. Mengenai Unsur Mistik, Khadam, Penjaga, Ajaib, Ghaib dan yang tidak dapat dicapai oleh hukum akal..Segalanya adalah Ketentuan dan Keizinan dari Allah... Buatlah yang Diperintahkan dan Tinggalkan lah apa jua yang Dilarang..Saya hanya Berusaha. Maklumat tentang teras gemunggal didalam Blog ini adalah melalui pengalaman dan Petua dari orang-orang yang lebih arif serta pakar dan juga dari mereka-mereka yang AHLI dalam ilmu Allah.Barakallahu Lana Wa Lakum..Aamiin

WEBSITE:www.ZonKekayaanAgung2u.com
BLOG:http://terasgemunggalanugerahagung.blogspot.com

PEMBUKA BICARA
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Teras Gemunggal wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

Teras Gemunggal / Galih Kelor Anugerah Agung Gred 'A'

Teras Gemunggal merupakan Teras Kayu BerEnergi adalah terdiri dari sejenis kayu yang secara kudrati mengandungi 'DAYA KEKUATAN ENERGI" atau Potensi Supernatural dan bukan hasil dari pengisian oleh manusia. Semata-mata ciptaan Allah SWT. Kekuatan, daya, potensi dan energi kayu-kayu tersebut perlu diketahui, dicermati untuk dapat dipergunakan sebagai kelengkapan manusia dalam kehidupan sehari-hari agar manusia rahayu dalam melaksanakan kehidupan serta mengembangkan kehidupan.

Pancaran energi kayu tersebut dapat dipelajari dan diketahui dengan berbagai cara. Pengetahuan tentang kayu berenergi ini sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ianya boleh digunakan untuk membuat rawatan bagi pelbagai penyembuhan, pemagaran, benteng diri, pelarisan, pengasihan dan banyak lagi kelebihan.

FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang dapat membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.

Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.

KHASIAT/KELEBIHAN TERAS GEMUNGGAL/GALIH KELOR ANUGERAH AGUNG GRED “A”

Menurut Pemilik Asal Teras Gemunggal Anugerah Agung, Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D menyatakan tentang Teras Gemunggal ini sukar sekali untuk diperolehi apatah lagi untuk dimiliki. Saya bersyukur kepada Allah apabila memiliki teras kayu yang saya sifatkan begitu berguna sekali dan menyimpan seribu satu misteri.Pelbagai gelaran yang diberikan oleh orang ramai yang mengetahui tentang keistimewaan teras ini antaranya Batu Cincin Kebal dll.Khazanah Alam kurniaan Allah ini dikatakan amat berguna dalam pelbagai keadaan.

Dalam Kidung Sunan Kalijaga & Penelitian Ilmiah

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut “kayu bertuah” dengan istilah kayu aeng. Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib, tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif/ negatif) pada kayu-kayu tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.

Ketika masih hidup, kayu “bertuah” mengandung zat netrogenium sangat tinggi dan memiliki kekuatan pemancar. Misalnya, Anda ingin selamat dari kejahatan, maka kayu tersebut menjadi pemancar dari niat Anda.

Kayu memancarkan energi (nur/cahaya). Cahaya memiliki frekuensi sangat tinggi dan gelombang molekul ion yang jika dipicu dengan doa, frekuensinya menjadi lebih kuat dan menimbulkan aura. Cahaya rumusnya 328 tahun suara sehingga logik manusia tidak dapat menjangkau.

Kerana itu, walau secara alami kayu “bertuah” sudah memiliki energi, seseorang yang menggunakannya sebagai sarana penyembuhan, jaga diri, membangkitkan energi batin, disarankan tetap memperkuat keyakinannya. Antara khasiat Teras Gemunggal Anugerah Agung:

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.

Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua,ketiga,keempat.

Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh(sesuai untuk polis,tentera,pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul

Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.

Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.

Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan Ketajaman gerak hati(Indera Ke-enam),kewibawaan dll

Mengelak dari diPukau,digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari tangan

Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.

Perkara ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga dengan mengambil sebotol asid dan cuba mencelupkan jari anda ke dalam asid tersebut. Tetapi mestilah memakai Teras Gemunggal Anugerah Agung tersebut terlebih dahulu. Awas, jika anda tidak memakai Teras Gemunggal tersebut, jari anda mungkin akan hancur!

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.

Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

Berhati-hati dengan gemunggal tiruan Untuk mendapatkan Teras Gemunggal asli,sila datang langsung atau memesan dari Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D pemilik asal Teras Gemunggal Anugerah Agung gred “A” atau kepada Wakil/Pengedar Sah Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred “A” dikawasan masing-masing..Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut khasiat teras gemunggal,sila layari website saya:

Alamat Surat-Menyurat:

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR(Co.No:75202)
Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
D.Sc(A.M)Uk, Ph.D(A.M)Uk,M.D(A.M)Uk
Doctor Medicine (Alternative Medicine)
Doctor of Philosophy (United Kingdom) Berkshire University
Doctor of Medicine(Medicina Alternativa)-Homeopathy, Phytobiophysic,Bach Flower-International Academy
C&T Medicine(Malaysia)

Harga Sebutir Permata Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred “A”

(1)Ukuran Saiz Biasa:(Antara 1cm-1.5cm panjang,1cm lebar,tebal 1cm sebelum dicanai)=Harga RM300

(2)Ukuran Saiz Besar:Antara Setengah Inci-1 inchi panjang, 1.5cm lebar,tebal setengah inchi sebelum dicanai)=Harga RM500
Perhatian:Saiz kayu permata cincin Teras Gemunggal akan sedikit kecil dari ukuran di atas bila sudah dicanai dengan mesin!!!

Tambahan RM20 dikenakan untuk kos pos laju Skynet(jarak jauh)

AMARAN KERAS:(Kebal Asid&Kebal Atraktif,langsung ditest, Sila Uji dulu dengan mencelup jari anda ke dalam ASID untuk membuktikan keaslian Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred “A” baru boleh beli)!!!

INFO MENARIK/EKSLUSIF:
Testimonial Pengguna dan Foto Pengujian menggunakan Asid boleh diperolehi dalam website:www.terasgemunggal.zonkekayaan agung2u.com atau http://madinatulasrar.blogspot.com

PERHATIAN:
SILA DAPATKAN TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A" DARIPADA WAKIL/PENGEDAR SAH YANG KAMI LANTIK SEPERTI NAMA YANG TERSENARAI DI ATAS SAHAJA,JIKA ANDA MENDAPATI TERDAPATNYA PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENGGUNAKAN NAMA "TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED "A" ATAU NAMA DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D ATAU ANUGERAH AGUNG/ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE ATAU PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR,SILA LAPORKAN KEPADA KAMI DENGAN SEGERA DI-0128802035,TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA.KEPADA PEMINAT TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG,SILA "PASTIKAN" ANDA MENDAPAT TERAS GEMUNGGAL DARI SAYA SENDIRI (DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D) ATAU DARI WAKIL/PENGEDAR KAMI YANG SAH SAHAJA SEPERTI NAMA YANG TERTERA DALAM BLOG DI ATAS!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan