Pages

BAHAYA ASID / CUKA GETAH!!!

BAHAYA ASID / CUKA GETAH!!!
Dibawah ini beberapa artikel dari majalah dan berita akibat kesan/akibat penyalahgunaan asid/cuka getah yang boleh mengakibatkan cedera parah/cacat seumur hidup!!!

SEKS DITOLAK:ISTERI DISIMBAH ASID/CUKA GETAH

KUANTAN, 8 April — Seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak melakukan hubungan kelamin, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.
Dalam kejadian 2 pagi semalam, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata suspek masuk ke bilik tidur dan mengejut isterinya yang sedang tidur untuk mengadakan hubungan kelamin.
“Wanita berusia 30-an itu bagaimanapun menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek tiba-tiba tiba-tiba naik angin lalu terus mengambil cuka getah yang berada dalam baldi di luar rumah dan menyimbah ke arah badan serta muka isterinya itu.
Zulkifli berkata dua anak mangsa berusia belasan tahun yang turut berada di rumah, segera bergegas mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan selepas terdengar perkelahian itu.
“Mereka telah memanggil ibu saudara yang juga jiran sebelah rumah untuk membawa mangsa ke klinik kesihatan Bukit Goh sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya.
Berikutan kejadian itu, kakak ipar mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Panching kira-kira pukul 4 pagi semalam.
Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut.
“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan tubuh bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya.
Difahamkan, suspek telah berkahwin dengan mangsa sejak 15 tahun lepas, katanya. — Bernama

Isteri Muda Siramkan Cuka Getah ke Wajah Suami Saat Tertidur

Jambi (ANTARA News) - Seorang suami di Kabupaten Muarojambi bernama Ambri (25), mengalami luka bakar pada bagian wajah dan tubuh akibat siraman cuka getah secara sengaja oleh istri mudanya saat sedang tertidur di dalam kamar.

Kejadian yang dialami suami naas tersebut dilakukan Yuliana (27), istri muda korban pada Senin (29/9), dan kini tersangkanya ditahan di kantor polisi setempat, kata Kapolsek Sekernan, AKP Burham, di Muarojambi, Jumat (3/10).

Korban dalam perawatan intensif di rumah sakit umum setempat, dan kondisinya masih lemah karena luka bakar bagian wajah dan badan akibat cuka getah.

Hasil pemeriksaan polisi, tersangka Yuliana nekad melakukan aksinya karena merasa sangat kesal pada suaminya yang tidak pernah mau mencari kerja, hanya mengandalkan istri dalam mencari nafkah.

Kemudian selain itu selama tiga bulan terakhir, korban juga tidak pernah memberikan nafkah untuk hidup kepada keluarga baik pada istri dan kedua anaknya.

Sejak menikah lima tahun lalu dan memiliki anak dua orang, korban beberapa bulan tidak juga mendapatkan kerjaan tetap sehingga hanya di rumah, sedangkan istri bekerja menderes getah karet untuk dijual.

Puncak kekesalan pelaku dilampiaskannya pada saat korban sedang tertidur dan langsung disiram cuka getah ke bagian wajah dan badan korban.

Berdasarkan keterangan pelaku dihadapan polisi yang memeriksanya, mengatakan, sang suami selama ini juga sering melakukan kekerasan dalam rumah tangga terhadap istri dan anak.

Korban Ambri juga pernah dihukum hakim selama enam bulan penjara karena terbukti telah melakukan kekerasan dalam rumah tangga terhadap anaknya.

Sedangkan pelaku Yuliana kini ditahan dan dikenakan pasal 351 ayat 2 KUHP tentang penganiayaan yang mengakibatkan korban luka parah.(*)

DIROGOL DAN DISIMBAH CUKA GETAH(ASID) OLEH BAPA TIRI


GUA MUSANG : Sudah jatuh ditimpa tangga. Remaja perempuan berusia 16 tahun ini bukan sahaja dirogol oleh bapa tirinya tetapi turut disimbah dengan cuka getah pada Ogos tahun lalu.
Lihat gambar diatas, mukanya melecur teruk dan terpaksa menanggung penderitaan ini seumur hidup.
“Kejadian itu amat pedih apatah lagi memberi penderitaan seumur hidup. Saya berharap boleh pulih seperti biasa. Saya baru saja selesai pembedahan mata kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, bulan lalu.
“Mata sebelah kiri masih boleh melihat tetapi samar dan perlu bantuan ahli keluarga sekiranya ingin berjalan di luar rumah,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di sini.
“Saya terpaksa menumpukan terhadap rawatan pemulihan termasuk pembedahan plastik pada hidung dan telinga kanan.
“Saya bersyukur kerana setiap hari diberi semangat dan galakan oleh ibu dan nenek yang mengajar supaya menerima hakikat bahawa saya kini cacat,” katanya.
Bapa tirinya mati akibat bunuh diri.

0 ulasan:

Catat Ulasan