Pages

TESTIMONIAL PENGGUNA KAYU TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED “A”

TESTIMONIAL PENGGUNA KAYU TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED “A”

Encik Zulkipli sedang mengenggam menggunakan tangan kanan Teras Gemunggal Anugerah Agung


Encik Zulkipli sedang mencelup jarinya ke dalam Asid dalam beberapa minit


Syukur Alhamdulillah jari Encik Zulkipli tidak mengalami sebarang kecederaan(dengan keizinan Allah)


Kelihatan Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred "A" dalam lipatan jari tangan Encik Zulkipli

Assalammualaikum,

Nama saya Zulkipli Bin Ismail berasal dari Miri Sarawak, seorang penjawat penyelia di sektor swasta. Saya amat berminat dengan barangan yang mempunyai unsur mistik. Tujuan saya menulis testimoni ringkas ini adalah untuk memberitahu anda semua tentang Teras Gemunggal/Galih Kelor Anugerah Agung Gred A (Raja Sekelian Teras Kayu) yang saya beli dari Anugerah Agung hasil dari di perkenal kan oleh pengasas Anugerah Agung itu sendiri Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D.

Kayu Teras Gemunggal ini amat sukar untuk dicari lebih-lebih lagi orang yang minat untuk mendapatkannya kerana kepelbagaian khasiat yang terdapat dari ciptaan Allah SWT yang amat besar gunanya ini. Kita dapat mengetahui sedikit sebanyak dari rujukan-rujukan di internet atau dari orang yang mengetahuinya. Saya di perkenalkan dengan kayu teras Gemunggal ini oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D, beliaulah yang memberitahu akan kehebatan serta ketulenan dan keaslian khasiat apabila memiliki kayu teras Gemunggal tersebut. Anda boleh merujuk kepada website beliau untuk keterangan lanjut di madinatulasrar.blogspot.com kerana di situ terdapat penjelasan akan khasiat kayu teras tersebut.

Ingin saya kongsi di sini apabila menerima kayu teras tersebut untuk kali pertama saya berasa satu keadaan pelik iaitu tiba-tiba pergerakan tubuh badan saya terhenti seketika lebih kurang 10 minit. Apabila tersedar saya merasakan pergerakan anggota badan saya terasa agak lambat dan berat. Saya terus menelefon Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D untuk bertanyakan tentang keadaan tersebut lantas beliau memberitahu akan reaksi tersebut adalah normal disebabkan kayu teras tersebut mempunyai Daya Kekuatan Energi yang bertindak untuk meneutral energi tubuh badan kita dari energi yang negatif kepada positif. Ini adalah kerana sifat kayu teras tersebut yang mempunyai pancaran energi yang alami.

Perkara kedua setelah disarankan oleh Dr.Rizal untuk merendamkan kayu Teras Gemunggal kedalam bekas yang berisi air selama 3 minit sahaja dan diiringi dengan ucapan bismillah dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW lalu diminum air tersebut dengan tidak sampai beberapa seketika badan serta fikiran saya berasa ringan dan tenang. Pergerakan anggota badan berasa ringan dan boleh bergerak seperti biasa.

Dr.Rizal menyarankan saya untuk membeli sebotol ASID untuk mencuba ketulenan kayu teras Gemunggal yang asli dari Anugerah Agung ini, Saya tidak teragak-agak berbekalkan dengan berserah kepada Allah SWT berserta dengan tunjuk ajar dari Dr.Rizal saya berjaya melakukan demonstrasi sambil disaksikan oleh ibu saya sendiri dan perbualan dari telefon dengan Dr.Rizal itu sendiri dengan merendamkan jari saya kedalam balang yang berisi asid dalam lebih kurang 10 minit, saya percaya yang kayu keras Gemunggal yang saya beli itu adalah asli kerana ianya memang bersifat kebal asid. Alhamdulillah dapat juga saya meminta ibu saya mengambil beberapa keping gambar untuk saya kongsikan bersama.

Jadi banyak lagi kehebatan yang dapat di peroleh dari memiliki kayu teras Gemunggal dan yang belum saya terokai. Apa yang saya tau sekarang ini memiliki kayu teras Gemunggal ini adalah seperti kita memiliki First Aid box di rumah dan ianya dapat manfaatkan kita dan seisi keluarga. Jadi saya syorkan anda untuk memiliki kayu teras Gemunggal ini dan dapat kan yang asli di Anugerah Agung kerana barangan sebegini memang amat sukar kita perolehi.

"Pelik Tapi Benar"

Yang Benar,

Zulkipli Bin Ismail
Miri,Sarawak
012-8044784


"Kayu Teras Gemunggal Anugerah Agung memang Best dan Ajaib"

WEBSITE:www.terasgemunggal.zonkekayaanagung2u.com

FOTO KOLEKSI MADINATUL ASRAR UNTUK TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG





Amaran!!!Jangan Tiru Aksi Berbahaya ini,ini bukan silap mata/ilusi/sihir tapi pengujian Asid yang sebenarnya,jangan main-main dengan asid,sesiapa terkena asid jenis ini kulit anda akan melecur teruk/luka parah!!!!!!

Pengakuan Ikhlas Encik Haidil Bin Ali:
Syukur Alhamdulillah saya telah mencuba dan mengetahui keAslian teras gemunggal Anugerah Agung bila tangan dan jari disiram dengan asid tidak memberi kesan kepada tangan ataupun kulit saya bila mengenggam teras gemunggal.asid seperti air bila disiram ditangan..ternyata keAslian teras gemunggal Anugerah Agung..syukur Alhamdulillah.(Encik Haidil Bin Ali boleh dihubungi:0128570857)

Foto diatas adalah Encik Haidil dari Sibu Sarawak sedang melakukan pengujian keaslian Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred "A" menggunakan Asid/Cuka Getah dan Foto serta testimonial/pengakuan adalah hak milik Pusat Rawatan Madinatul Asrar

Pengujian keaslian Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred A oleh Encik Mohamad Eskandar menggunakan asid/cuka getah(13/07/2010)


Encik Mohamad Eskandar sanggup datang dari Jauh 7 jam perjalanan semata-mata untuk mendapatkan Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred A


Encik Mohamad Eskandar hendak memulakan pengujian keaslian Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred A menggunakan asid/cuka getah

Encik Mohamad Eskandar sedang melakukan pengujian keaslian Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred A dengan mencelup jarinya selama 5-10 minit dalam asid/cuka getah

Foto Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred A dimasukkan dalam air untuk menguji keasliannya,Teras gemunggal Anugerah Agung tenggelam dalam air(Gred A)

Pengakuan/Testimonial Mohamad Eskandar(13/07/2010)
Nama Saya Mohamad Eskandar Bin Edrus berasal dari Sarikei,Sarawak.Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di TM Sarikei.Tujuan saya membuat testimony ini ialah untuk anda semua tentang Teras Gemunggal/Galih Kelor Anugerah Agung Gred A yang saya dapat dari Pengasas Anugerah Agung iaitu Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D.
Dr.Rizal menyarankan kepada saya untuk membeli Asid sebagai mencuba ketulenan kayu teras gemunggal.Dengan izin Allah SWT serta tunjuk ajar Dr.Rizal saya Berjaya melakukan demonstrasi dengan merendam jari saya ke dalam Asid untuk 5-10 minit.Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT jari saya tidak cedera bererti Kayu Teras Gemunggal Anugerah Agung ini memang tulen/asli.Jadi banyak lagi kehebatan Teras Gemunggal Anugerah Agung yang asli ini dan jangan was-was untuk mendapatkan yang tulen/asli daripada Dr.Rizal.
Handphone:0135783468

Pengakuan ikhlas/testimonial dari Master Syam Zainal Abidin

Master Syam sanggup datang dari Sabah untuk mendapatkan Teras Gemunggal Anugerah Agung Gred "A"

Assalamualaikum WBT, saya Mohd Syam Bin Zainal Abidin Au berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Saya berusia 26 tahun.. Saya merupakan seorang usahawan muda. Walaupun usia saya masih muda tapi saya telah lama berkecimpung dalam dunia spiritual. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya sepanjang penglibatan saya terutamanya dalam menggunakan Kayu Teras Gemunggal atau turut dikenali Raja Sekalian Teras Kayu. Pengggunaan kayu tersebut telah diperkenalkan oleh guru saya Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi yang juga merupakan pengasas Anugerah Agung Spiritual Development Centre.

Tujuan saya melakar testimonial ini adalah ingin berkongsi serba sedikit dengan anda semua tentang Teras Gemunggal/Galih Kelor Gred A (Raja Sekalian Teras Kayu). Kayu Teras Gemunggal merupakan Teras Kayu BerErnegi yang terdiri daripada sejenis kayu yang secara kudrati yang turut mengandungi ‘DAYA KEKUATAN ENERGI’ atau Potensi Supernatural. Kayu Teras Gemunggal ini adalah kayu yang menjadi rebutan setiap lapisan masyarakat kerana kayu ini lain dari yang lain..Lain dari yang lain yang saya maksudkan itu bukanlah kayu ini memesong ke arah yang salah tetapi Kayu teras Gemunggal ini mempunyai pelbgai khasiat dan ianya sangat sukar untuk ditemui..

Pada pertama kali saya diberi Kayu Teras Gemunggal oleh Dr.Rizal, saya merasai sesuatu yang aneh pada diri saya. Saya merasa badan saya seperti ada yang menyucuk-nyucuk seluruh badan saya. Pada ketika itu juga saya bertanyakan pada Dr.Rizal akan hal tersebut dan beliau mengatakan bahawa badan saya mempunyai aura negative dan Kayu Teras Gemunggal itu telah menukarnya kepada aura positif. Saya sunggah kagum akan hal tersebut tetapi saya percaya semua itu adalah dengan keizinan Allah SWT.

Selepas itu, Dr.Rizal telah menyarankan saya untuk melakukan ujian atraksi dengan merendam tangan dalam sebalang asid. Seperti yang kita tahu, asid merupakan bahan yang berbahaya yang boleh membawa kepada kecederaan yang parah serta boleh membawa maut. Saya telah melakukan ujian itu di hadapan Dr.Rizal sendiri di kediaman beliau dan dengan izin Allah tangan saya masih elok seperti biasa walaupun telah direndam dalam cairan yang berbahaya. Memang terbukti bahawa Kayu Teras Gemunggal yang asli dari Anugerah Agung tersebut kebal asid. Saya sungguh kagum walaupun hati saya hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya sebelum melakukan ujian tersebut tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Banyak yang saya pelajari untuk penggunaan Kayu Teras Gemunggal ini. Memiliki Kayu tersebut umpama memiliki First Aid box dimana memerlukannya sebagai persediaan di saat kecemasan atau dalam keadaan darurat. Oleh yang sedemikian saya menyarankan pada anda supaya milikilah Kayu Teras Gemunggal untuk persediaan pada diri anda serta keluarga. Untuk mengetahui tentang Kayu Teras Gemunggal dan khasiatnya lebih lanjut, anda boleh layari di www.terasgemunggal.zonkekayaanagung2u.com Sekian, wassalam…..
Handphone: 0145652845(hotline),0195362637

TESTIMONIAL TERBARU PENGGUNA TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED A-PUAN AIDA(03/08/2010)

Syukur dan alhamdulillah kerana dipertemukan dengan Dr. Rizal apabila saya ingin membuang susuk dan sering kali mengalami gangguan sihir sejak enam bulan lepas. Berdasarkan penjelasan dan penerangan Dr. Rizal, saya bertekad untuk membuang susuk melalui kaedah perubatan yang berasaskan Al-Quran yang disyorkan oleh beliau. Dr. Rizal membekalkan saya dengan air untuk minuman dan mandian selama tujuh hari. Alhamdulillah selepas tiga hari banyak perubahan ketara, kembali kepada normal seperti sebelum pemakaian susuk.

Dr. Rizal juga memperkenalkan saya dengan Teras Gemunggal Gred”A” yang mempunyai khasiat semulajadi bukan dari pengisian. dan Terapi Aura Anugerah Agung yang berasaskan Al-Quran. Buat masa sekarang saya memakai Teras Gemunggal Gred ‘A’ dalam bentuk cincin dan menjalani Terapi Aura Anugerah Agung(http://auraagung2u.blogspot.com). Aida diberikan manual lengkap dan teratur bagi setiap terapi dan isi kandungannya yang jelas berdasarkan ayat – ayat suci Al-Quran. Mudah difahami dan diamalkan, sekarang tidak perlu bergantung kepada orang lain.

Perkenalan dengan Dr. Rizal memberi persepsi baru dalam perubatan alternatif khasnya dalam perubatan Islam kepada kami sekeluarga. Penerangan beliau, memberikan kesedaran kepada saya agar berhati – hati dimasa hadapan jika ingin mendapatkan khidmat perubatan alternatif. Dimasa hadapan, saya bercadang untuk menjalani beberapa program keilmuan dari Dr. Rizal bagi perlindungan diri dan keluarga.


Puan Aida
014-5890260

NT:Puan Aida saya rawat menggunakan air rendaman teras gemunggal yang dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran beserta doa khusus,alhamdulillah dengan keizinan Allah susuk beliau keluar dengan sendirinya,nasihat saya bagi pemakai susuk,jika anda ingin membuang susuk,anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan samada secara jarak dekat/datang langsung atau secara jarak jauh.Nasihat saya kepada mereka diluar sana yang menggunakan susuk,tidak perlu lagi menggunakan susuk,sila dapatkan terapi Aura Terdahsyat Anugerah Agung Abad 21,kekuatannya berpuluh kali ganda dari kekuatan susuk luarbiasa,jangan guna susuk,susah nanti nak mati!!!

Baru-baru nie dalam minggu lepas,seorang Cikgu Sekolah(identiti dirahsiakan)dari Sarikei datang berjumpa saya bersama temannya untuk ikhtiar merawat dirinya yang tidak dapat melupakan seorang perempuan,beberapa bulan kebelakangan ini cikgu tersebut menceritakan kepada saya yang dia semakin rindu kepada perempuan terbabit,sentiasa teringat-ingat perempuan tersebut dalam fikirannya sampai ke tahap nak makan pun tak berselera dan lain-lain situasi orang mabuk bercinta,melalui pengamatan saya,cikgu tersebut terkena guna-guna atau istilah mudah terkena pelet pengasihan aliran hitam,saya cuba berikhtiar dengan merawat cikgu tersebut dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan Doa khusus merawat sihir pengasih,saya rendamkan teras gemunggal Anugerah Agung dalam gelas dalam beberapa minit diiringi bacaan ayat Al-Quran,selepas beberapa ketika cikgu tersebut minum air rendaman gemunggal tersebut,beliau mengadu pening,dipendekkan cerita malam tersebut beliau kembali berselera makan dan ingatannya terhadap perempuan tersebut semakin berkurang,dan keesokan harinya beliau call saya untuk mendapatkan teras gemunggal Anugerah Agung.Alhamdulillah!!!

AMARAN KERAS:JANGAN DIBUAT MAINAN PENGUJIAN DENGAN ASID,KERANA IA BOLEH MENGAKIBATKAN KECEDERAAN PARAH,MENGAKIBATKAN ANGGOTA BADAN ANDA HANCUR,PENGETESAN ASID KEPADA PEMILIK TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED “A” BUKAN BERTUJUAN PERTUNJUKAN/KESOMBONGAN AKAN TETAPI UNTUK PEMBUKTIAN KEASLIAN TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG GRED “A”,TANPA TRICK/SILAP MATA,PENGUJIAN BENAR-BENAR MENGGUNAKAN ASID/CUKA GETAH YANG JIKA TERKENA KULIT/TUBUH BOLEH MENGAKIBATKAN MELECUR TERUK/CEDERA PARAH(BUKAN JENIS ASID YANG DIGUNAKAN OLEH PERTUNJUKAN SILAP MATA DIKAKI LIMA),PIHAK KAMI AKAN MELAKUKAN 2 JENIS PENGUJIAN,(1)PENGUJIAN TEST ASID DENGAN MEMEGANG TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG,DAN (2)PENGUJIAN ASID TANPA MEMEGANG TERAS GEMUNGGAL,YANG NO.(2) INI ATAS KERELAAN DAN KESEDIAAN PIHAK YANG DIUJI TANPA PAKSAAN DENGAN TANPA MEMEGANG TERAS GEMUNGGAL ANUGERAH AGUNG,RISIKO TANGGUNG SENDIRI,ANDA BOLEH MEMBAWA SENDIRI ASID/CUKA GETAH YANG ANDA BELI DI TEMPAT YANG MENJUAL ASID ATAU MENCUBA SENDIRI DIRUMAH,SEBAIKNYA CALL SAYA ATAU WAKIL SAYA UNTUK MENDAPAT KETERANGAN YANG BENAR SEBELUM PENGUJIAN,TERIMA KASIH!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

As salam, sy mencari teras gemunggal.. pm whatsapp sy 0109270085.

Catat Ulasan